BAB 6
Hutan belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting.
Dalam keadaan yang begitu cemas, Siti biarkan kenangan itu menjadi sejarah hidupnya. Terpaksa dia memberhentikan kenangan yang berdetik itu di separuh jalan. Dalam keadaan sebegitu, Siti berlari mereda hutan untuk mendapatkan mangsa-mangsanya sudah berada dalam genggamannya.
Walaupun pada masa itu, dirinya tidak sesuai menonjolkan diri untuk begitu lamanya. Menghilangkan diri termasuklah menyusahkan segala pencariannya yang sudah hampir setahun menghilang. Rancangannya untuk membalas dendam sudah lama membara.
Setelah lama menunggu, kini tibalah masanya untuk menonjolkan diri untuk pengetahuan umum.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, pejabat pengetua, jam 3.20 pagi, hari Khamis.
Seperti biasa, Liza akan melakukan tugasnya yang lazim setelah menghabiskan kerja berkumpulannya itu. Tetapi, dari kerja yang hendak dilakukan dia, kini dia seperti tidak percaya kerana apa yang dilihatnya sekarang adalah kawannya yang memakai baju serba putih melintasi kamera cctv tetapi itu tidak hairan untuknya, yang hairan untuknya adalah kelibat hitam yang mengekori kawannya itu dari belakang.
Dalam keadaan yang begitu menakutkan, Liza dengan segeranya keluar dari pejabat pengetua dan terus berlari meninggalkan pejabat dalam keadaan tidak sempat mengunci pintu pejabat. Sara yang terlihat keadaan Liza yang terburu-buru meninggalkan pejabat telah menyebabkan dia menjadi hairan akan gelagat rakannya itu.
Ingatkan Sara akan gelagat rakannya itu membuat dia gelak besar. Tetapi itu tidak lama selepas Siti berdiri di sebelah Sara dalam keadaan serba hitam dengan wajahnya yang tidak boleh digambarkan. Apa yang boleh dilakukan Sara?
Tanpa bersuara, Sara mula membuka langkah seribu. Lajunya lari seperti menggegarkan dunia kerana Haikal yang sedang mengulangkaji mendengar dengan jelas akan larian itu. Tanpa melenggarkan masa, Haikal bergergas keluar dari asramanya yang sedari tadi pintu sengaja tidak berkunci.
Setelah Haikal keluar dan apa yang di lihatnya Sara yang dalam keadaan tidak berkasut berlari lintang pukang. Ingin Haikal mengejar, dihalang oleh bunyi deraman Siti yang sengaja dibuatnya. Kerana terlalu yakin yang itu manusia, Haikal mendekati Siti dan menyelak kain serba hitam dan yang terselah hanyalah muka Siti yang hodoh. Akan tetapi Haikal tidak segera panik kerana Haikal kenal benar yang itu Siti.
"Kak, akak ke tu? Kenapa dengan muka akak? Mustahil akak masih hidup. Mustahil." panggil Haikal sambil air matanya berlinang dengan derasnya. Apa boleh buat selain menangis melihat muka Siti seperti itu? Hanya Tuhan yang tahu bertapa peritnya menanggung.
Tanpa berkata apa-apa, Siti menepis tangan Haikal dan terus berlari. Haikal yang dalam perasaan sedar akan perbuatan Siti lalu menggejarnya. Tetapi tidak kesampaian selepas pagar yang menjadi pendinding antara dunia luar dengan dunia asrama telah pun disadangnya dengan palang kayu yang sebesar lengan. Hendak menentang tidak menjadi masalah untuk Haikal tetapi akan kuatnya bunyi pagar digegarkan telah menarik perhatian pengawal keselamatan yang bertugas dan kebetulan melalui tempat itu.
"Hai kamu buat apa di situ?" tanya pengawal keselamatan yang separuh abad dengan muka bengis yang menakutkan. Tanpa paksa pun, Haikal sudah melutut di depan pagar seperti menggenag nasibnya yang sekarang.
"Kenapa kamu menangis pula kat sini?" tanya pengawal keselamatan dengan suara yang garau. Tanpa membuang masa, pengawal keselamatan itu menghubungi kawannya yang berada di pondok jaga dengan menggunakan sejenis alat komonikasi yang jaraknya hanya untuk jauh beberapa kaki sahaja.
"Maafkan saya pakcik, saya dalam cubaan hendak ikut kawan saya untuk keluar berseronok. Tangkaplah saya pakcik, saya bersalah. Laporkan je kes ini pada pengetua." jawab Haikal soalan pengawal keselamatan yang sebelum ini tidak terjawab.
"Memang patut pun kamu kene tahan. Sekarang ikut saya. Saya nak semua meklumat kamu dalam buku rekod kesalahan pelajar asrama. " berinya pengawal keselamatan itu arahan untuk Haikal patuh.
Esoknya, nama Haikal dipanggil oleh pengetua di perhimpunan pagi. Tanpa sebarang mimik muka, Haikal segera mampir ke arah pengetua. Setelah pengetua bercakap dengan Haikal, hanya anggukan sahaja jawapannya.. Sebarang bait-bait kata pengetua dengan Haikal tidak di dengari kerana percakapan mereka seperti berbisik tetapi dalam suara yang besar.
Sementara itu, Siti menggambilkan makanan untuk mangsanya yang kini seperti di jadikan tawanannya. Hanya sebuku roti dan air yang berbotol. Mana hadirnya semua itu tidak pula diketahui kedua cikgu itu, hanya yang terlintas di benak fikiran hanyalah lapar yang teramat.
Sepanjang hari itu, Siti kerap menagis di pokok besar yang menjadi tempat rehatnya.
No comments:
Post a Comment