Wednesday, October 23, 2013

Detektif Haikal

BAB 7

   Rentihan Siti akan kisah silam telah menyebabkan dia sukar mengawal perasaannya yang kini roboh dimusnahkan oleh jentolak sikap tidak puas hati kawan-kawannya yang lama. Tiada apa yang boleh mengawalnya. Kerana terlalu melayan perasaan, Siti tidak mempeduli mangsanya yang sedari tadi cuba mencari jalan melepaskan diri.

Oleh kerana terlalu kuat menggesel tali pada batang pokok, telah menyebabkan terhasilnya bunyi yang menarik minat Siti.

  "Tak perlu cikgu bersusah macam tu. Kita minta maaf. Mari sini kita lepaskan. Tapi cikgu janji yang cikgu tidak akan beritahu sesiapa keadaan Siti macam ni." tegur Siti sambil membuka ikatan tali yang mengikat tangan dan mulut cikgu Arni dan cikgu Mutmainah. Siapa yang tidak terkejut sebab telah menyangka Siti mati dibaham binatang buas yang meninggalkan cerbisan pakaiannya yang menjadi bukti sekaligus menjadi penutup kes itu.

  Oleh kerana tidak mempercayainya, tangan cikgu Arni mencapai kain yang menlindungi wajah Siti yang hodoh. Sementara cikgu Mutmainah berada di belakang cikgu Arni kerana takut akan tindakan yang tidak di jangka akan berlaku tetapi cikgu Arni bersikap tenang kerana jika betul itu Siti, pelajar kesukaan beliau, Siti tidak akan bertidak liar.

  Apa yang menyakinkan cikgu Arni yang di hadapannya adalah Siti, sebahagian wajah ayu Siti yang tidak rosak. Tanpa menunggu untuk penjelasan, cikgu Mutmainah terus menanyakan soalan, "Siti, macam mana boleh jadi bergini? Siapa yang lakukan ini semua?"

  Soalan itu telah menyebabkan kolam air mata Siti mengalir semula. Soalan itu juga yang sukar untuk Siti menjawab kerana kenangan lalu amat memeritkan. Oleh kerana tidak mahu menjawab soalan itu, Siti hanya mengatakan yang dia tidak mahu bercerita. Tetapi desakan cikgu Mutmainah telah menyebabkan Siti bertindak liar, Siti mengambil kayu sepanjang lengan kanak-kanak dan menghayunkan ke arah cikgu Arni dan cikgu Mutmainah untuk menakutkan mereka. Itu yang menyebabkan cikgu Arni dan cikgu Mutmainah berlari lintang pukang yang tanpa menyedari arah lariannya kembali ke sekolah semula.

  "Eh, cikgu! Macam mana cikgu ada kat sini? Ke mana cikgu hilang? Buat apa cikgu dalam hutan ni? Cikgu okey ke tak? Ada apa cikgu ke sana?" tanya salah seorang pertugas yang mencari mereka yang hilang ke dalam hutan yang menanyakan secara menyerbu setelah terserempak dengan cikgu Arni dan cikgu Mutmainah yang dalam keadaaan tercungap-cungap kepenatan berlari.

  Tanpa menjawab apa-apa, cikgu Arni dan cikgu Mutmainah pengsan seperti orang kehilangan tenaga.

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, jam 8 pagi, hari Ahad.

  Oleh kerana fizikal cikgu Arni dan cikgu Mutmainah terlalu lemah, mereka dapat di wad truma dan kecemasan. Kerana mereka juga jadi mangsa culik, mereka mendapat pengawasan polis 24 jam sehingga mereka sedar. Dinihari esoknya, baru meraka sedar. Fizikal yang masih lemah menghadkan pergerakan mereka.

  Cikgu Arni dan cikgu Mutmainah diberikan serba sedikit makanan dan minuman bergula untuk menabahkan tenaga mereka. Setelah yakin yang tenaga cikgu Arni dan cikgu Mutmainah sudah pulih sepenuhnya, soal siasat dilakukan untuk mengetahui bagaimana mereka hilang dalam hutan. Tetapi sebelum mereka disoal siasat, cikgu Arni dan cikgu Mutmainah telah berjanji sesama sendiri untuk tidak membongkarkan perkara sebenar.

  Apa yang dijawab oleh cikgu Arni dan cikgu Mutmainah adalah jalan ceritanya yang lain. Tipu semuanya. "Malam sebelum hilang tu kami kejar pelajar yang cuba meloloskan diri ikut jalan hutan." terang cikgu Arni. "Tapi laju sangan pelajar tu lari. Sebab tulah kami sampai tengah hutan. Bile kami nak balik..." jelas cikgu Mutmainah tapi separuh ceritanya disambung pula oleh cikgu Arni, "Kami dah tak jumpa jalan keluar. Sedar-sedar je kami kat tengah hutan. Kami cuma tawakal sahaja sebab itu kami duduk kat satu pokok besar. Kami cuma makan pucuk ubi yang ada kat situ je. Air pula kami tak minum langsung."

  "Jadi macam mana kamu boleh jumpa kami semua? Padahal dah hanpir 2 hari awak hilang." tanya seorang pegawai polis yang menyoal cikgu Arni dan cikgu Mutmainah. "Oh masa tu kita orang nak cari air sebab dah haus sangat. Masa tulah kami jumpa harimau tau. Tak alih-ahli kita orang pula yang jadi mangsa sang belang. Nasib baik kami cepat lari. Mungkin dah terbuka jalan balik kita orang dengan kehadiran harimau tu. Itu pun nasib baik kita orang jumpa kamu semua. Kalau tak... " lancar cikgu Mutmainah bercerita dengan sedikit gagap sebab menyembunyikan kebenaran sebaliknya yang tidak mengakhirkan ceritanya dengan perkataan 'mati'.

  Dia - Isham seorang pegawai penyiasatan yang sedang menggambil keterangan cikgu Arni dan cikgu Mutmainah merasa agak janggal akan perilakuan meraka yang seperti menyembunyikan sesuatu. Dari keterangan tadi, Isham terpanggil untuk mencari adakah benarnya cerita tersebut. Di mana cikgu Arni dan cikgu Mutmainah sedang menggejar pelajar yang keluar asrama melalui belakang sekolah lalu memasuki hutan dan akhirnya mereka sesat? Itulah yang sedang dipersoalkan oleh berliau yang memegang jawatan sebagai penyiasatan. "Baiklah, terima kasih sebab memberi kerjasama." ucap Isham lalu beredar.

Tempat letak kenderaan Hospital Sultanah Aminah.

  Selepas menggambil keterangan tadi, kini masanya untuk Isham pulang ke ibu pejabat tetapi sebelum itu, Isham meneliti keterangan tadi. Soalan yang sebentar tadi terlintas di benak fikirannya kini kembali dengan pelbagai tanda tanya. 'Mana pilihan aku sekarang ni? Balik atau terus siasat? Kalau di fikirkan balik, baik aku pergi sekolah dia tadi. Masa untuk gunakan minda aku. Yes, this right. Aku nak siasat dulu.' gumam hatinya yang selalunya tidak berakhir.

  Dengan memutarkan anak kunci stereng, kini mengaumlah bunyi enjin keretanya yang sengaja dia bunyikan untuk memecahkan hening tempat letak kereta itu kerana sudah membuat pilihan yang betul. Dengan senyuman sini, kini bergeraklah dia menuju ke destinasi yang ingin di tuju.

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, pejabat pengetua, 1646 petang.

  "Maaf sebab tidak memberitahu kedatangan kita. Kita hanya menjalankan tugas. Izinkan kita melakukan tugas. Terima kasih." pinta Isham pada pengetua dengan hormatnya akan pangkatnya sebagai seorang penyiasatan. "Tak mengapa. Lagipun saya sudah lama menunggu kamu." balas pengetua.

  Hanya senyuman sinis sahaja dihulurkan sebagai ucapan terima kasih Isham pada pengetua. Kini beredarlah dia untuk melihat keliling sekolah itu. Dari kawasan sekolah ke kawasan asrama dan yang terakhir pagar yang menjadi pemisah hutan dan sekolah. Bila teliti dengan betulnya, memang terdapat kesan lubang pada pagar itu yang dibuat manusia. Bukti pertama sebagai keterangan tadi sudah ada. Kini masanya untuk mencari adakah benar cikgu Arni dan cikgu Mutmainah kejar seseorang sehingga keluar dari kawasan yang sepatutnya sehingga tersesat didalam hutan? "Cikgu, boleh tak kita tahu siapa yang keluar asrama pada hari dimana cikgu Arni dan cikgu Mutmainah hilang?" menanya Isham pada pengetua.

  "Setahu saya tak ada pula. Kenapa tuan?" pertuturan pengetua dengan Isham sungguh berperibahasa, kerana menggunakan perkataan tuan untuk membezakan darjat seseorang.

  "Terima kasih. Maaf masa telah berlabuh. Kita minta izin untuk pulang ke ibu perjabat semula. Kerja kita seterusnya memanggil."

  "Okey. Terima kasih juga kerana ingin menggambil kes ini untuk selesaikannya."

   Dengan muka separuh geram, Isham mencatat sesuatu di buku catatannya yang sama dicatatnya keterangan cikgu Arni dan cikgu Mutmainah.

 Pelajar tiada pula yang membolos asrama pada waktu itu. Sekarang soalannya, apakah yang sedang berlaku? Betul ke bicara cikgu tadi itu? Masa untuk soalan yang betulnya. Sekarang masa ini jam 6 petang pada jam tangan kita.

  Setelah puas berfikir, Isham memutar anak kunci stereng dan terus mengaum memecahkan hening senja. Berlalulah ia pergi untuk 'cerita' yang tidak bernoktah lagi.  Baginya, cerita yang sekarang ini perlu plot yang menarik untuk mengakhirinya. Sekarang ini, perlulah Isham untuk membuka plot cerita dengan permulaan iaitu menyiasat sama ada benar akan butiran yang diberi oleh cikgu Arni dan cikgu Mutmainah.

  Sedang Isham berfikir, tidak pula dia sedar masa telah mengganjak senja dan perjalanannya sudah hampir ke destinasi.

No comments:

Post a Comment