BAB 10
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, hari Selasa 15 Mac, jam 1115 pagi
"Siti apa khabar?" tanya Haikal lagi sekali tetapi kali ini Haikal mengeluarkan sekeping gambar berukuran kecil.
Lela yang sedang diulit rasa sedih telah menarik minat Haikal.
"Kenapa akak nangis?" tanya Haikal.
"Akak nangis sebab... akak pun kehilangan seorang anggota keluarga... macam Haikal juga." jawab Lela sambil menangis dengan sedunya sekali.
Siapa jangka sealik perbualan mereka, adanya sepasang mata yang mengintai mereka berdua? Barangkali murid tetapi ianya mustahil kerana temapat yang sedang diduduki Haikal dan Lela jauh dari kantin yang biasanya menjadi gula untuk semut.
Sekali sekala sahaja kedengaran hembusan kasar oleh si pengendap itu tetapi tidak pula disedari oleh sesiapa dan tiada sesiapa pun yang tahu akan kehadiran pengendap itu. 'Siapa aku untuk lihat mereka berdua?' rengusan pengendap itu.
Ibu Pejabat Balai Polis, hari Selasa 15 Mac, jam 1000 pagi.
Isham bersama Ibrahim menyiapkan tugasnya dengan meneliti maklumat yang diperolehinya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Ibrahim dahulu, maklumat yang diperolehi adanya penipuan. Sekarang macam mana hendak dapatkan maklumat yang sebenar. Itulah rengusan hati Ibrahim.
"Terpaksalah kita gertak mereka untuk beritahu maklumat yang sebenar." cadangan Isham seperti itulah jawapan untuk soalan Ibrahim tadi. Gayanya seperti dapat membaca fikiran Ibrahim.
"Err... ya. Gitulah jawabnya." jawab Ibrahim sedikit gagap.
Lalu mereka keluar dari pejapat dan menaiki kereta untuk tugas mereka. Perjalanan mereka seperti tidak dirancang kerana sepajang perjalanan mereka, Ibrahim lebih banyak berfikir berbanding Isham yang bersikap bersahaja. Siapa yang tidak mati akal seperti Ibrahim kerana di sekolah itulah terdapat tuduhan pembunuhan yang dimana mayatnya masih tidak dijumpai. Apatah lagi kenanya anaknya... mungkin.
"Kau rungsing Ibrahim. Kenapa?" tanya Isham. Sejujurnya, Ibrahim rasa seram apabila Isham sepertinya dapat membaca minda seseorang. Ibrahim tidak menjawa soalan sahabatnya itu. Ibrahim lebih gemar mendiamkan diri apabila ditanya soalan mengenai apa yang difikirannya.
"Jangan risaulah, aku pasti kita dapat selesaikan kes ni." jawab Isham untuk menenangkan perasaan Ibrahim.
Sesudah hampir satu jam mereka di atas jalan, akhirnya mereka sampai ke destinasinya. Senyap sahaja. Barangkali sedang belajar memandangkan masa sekarang menunjukan jam 11 dan ke atas. Setelah melapourkan kehadiran mereka pada pengawal keselamatan sekolah itu, mereka akhirnya dibenarkan masuk setelah pengetua sekolah itu bersama Isham dan Ibrahim.
Mereka diiringi pengetua menuju ke pejabat pengetua. Perualan mereka lebih menjerumus kepada kes sekolah itu. Sehinggalah tergerak hati Isham untuk menanyakan buku rekod untuk murid yang cuba meloloskan diri dari asrama. Setelah pengetua menganggukkan tanda boleh, lalu beliau berjalan menuju ke bilik guru disiplin.
Hampir lima minit barulah munculnya semula pengetua sekolah itu sambil memegang buku yang diminta sebentar tadi. Perbuatan Isham yang sedang meneliti buku itu menarik minat pengetua itu untuk menanyakan soalan. Tetapi sama sahaja seperti apa yang Ibrahim rasa, "Saya sedang cari maklumat yang berkaitan tarikh tenaga pengajar kamu di hilang." jawab Isham. Soalan ini yang menyebabkan dia terfikir, siapa Isham yang sebenarnya.
Sedang Isham meneliti rekod itu, matanya terpaut pada nama Haikal. Berusia sekitar 15 tahun.
"Tolong saya untuk memanggilkan Haikal ni." setelah Isham memberi arahan, pengetua melakukannya dengan segera.
Tidak mengambil masa yang lama untuk memanggil Haikal kerana di sekolah itu siapa tidak kenal Haikal? Seorang yang bijak menyelesaikan kes.
Haikal berasa janggal di situ kerana adanya 2 orang selaku polis sedang memerhatikannya dengan pandangan yang tajam.
"Haikal nama awakkan?" tanya Isham. Ibrahim lebih banyak mencatat perlakuan Isham untuk kes ini.
"Ya." jawab Haikal sedikit gentar.
"Jadi apa awak dapat dari analisis untuk kes awak?" tanya Isham sedikit mendesak.
"Err... okey je cuma saya tidak syak sesiapa pun." jawab Haikal.
"Isham." tegur kawannya itu. Isham hanya melirikkan senyuman seperti mengejek.
"Maaf saya terpaksa buat ni. Haikal saya nak kamu ikut saya pergi balai polis. Kalau awak berikerjasama yang sepatutnya, saya akan tolong awak pula." kata Isham seperti berbahas biasa.
"Tapi encik, kenapa? Apa salah dia." tanya pengetua sambil terkejut akan tindakan pegawai polis itu.
"Saya hanya menjalankan tugas sahaja." balas Isham sambil berdiri untuk pulang ke ibu pejabat. Haikal yang terpaksa akur akan arahan itu hanya mengekori sahaja pegawai polis itu. Ibrahim jadi serba salah sebab tidak dapat meninkah perbuatan kawannya itu.
Yang buat Haikal berfikir sekarang ini adalah, macam mana pegawai polis ini tahu akan kes yang sedang di lakukan di mana kes itu sepakat seluruh sekolah itu tidak akan mengheborkannya kepada orang luar. Mustahil pengetua dia sanggup lakukannya. Tapi macam mana? Haikal seperti gelisah ketika di dalam kereta polis yang sedang dinaikinya.
Wednesday, November 13, 2013
Tuesday, November 5, 2013
Detektif Haikal
BAB 9
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, hari Selasa 15 Mac, jam 0905 pagi
"Siapa kau nak cakap macam tu?" tanya Ani yang kehairanan.
"Kenapa? Cikgu cakap kau pandai buat jalan kerja untuk matamatik." kata Lela yang sengaja sembunyikan sesuatu yang akan mengecewakan Ani dan rakannya.
"Oh." hanya itu sahaja yang boleh dikatakan. Lalu mereka bergelak bersama-sama tetapi tidak menggeluarkan suara yang menzahirkannya.
Sepanjang sesi pembelajaran berlangsung, mereka tidak henti-henti berbual tetapi tidak pula kuat suaranya berbual. Adakalanya mereka menggelakkan sesuatu yang melucukan. Kadang-kadang mereka seperti bersahaja. Sehinggalah Lela menyatakan yang dia terpaksa balik selepas waktu sekolah kerana dia tidak menetap di asrama yang disediakan setelah Ani mengatakan apa yang dia buat selepas sekolah.
"Lah, ye ke?" tanya Ani seperti kecewa.
"Ye."
"Kenapa tak tinggal kat asrama je?"
"Maaflah awak, kita ada kerja lepas sekolah."
"Kerja apa?" tanya Ani untuk mewawarkan kerja dia selama ini kepada Lela.
"Kerja tak tetap tapi yang penting dapat kumpul duit untuk sara hidup... err... ye lah." kata Lela yang sengaja tidak menghabiskan ayatnya.
"Nanti masa rehat aku nak cakap sesuatu dengan kau yang mungkin boleh buat kau senang sikit." tawar Ani untuk Lela.
"Okey aku setuju." lafaz Lela.
Kini tibalah masa rehat dimana Lela, Ani dan rakannya berkumpul. Mereka berjumpa di tempat yang lazimnya mereka selalu bersuara. Lela hanya mengikut sahaja. Bila sampai ditanya akan kehadiran Lela di sini telah membuat Lela hanya diam membisu. Bila Ani menjelaskan mereka sepakat untuk menguji Lela.
"Sini." panggil Ani sambil melambaikan tanggan memanggil Lela.
"Kau kene tunjukkan mereka bukti yang kau boleh join kita."
"Apa saja yang penting aku senang cari duit." merayu Lela seperti meminta simpati.
"Mereka nak kau cuba curi barang cikgu and tunjuk kat mereka bukti kau tu." jelas Ani.
"Tapi..." kata Lela tidak lengkap dan terus menuju ke arah cikgu Akmal yang sedang menuju ke arah kantin. Lela melakukannya dengan bersahaja. Mula-mula memastikan dahulu barang yang bernilai dan dompet cikgu Akmal berada di poket belakang seluarnya. Sekarang Lela bertindak.
Lela menghampiri cikgu Akmal sambil mencampakkan pen dan ia mendarat betul-betul sekitar 3 kaki dari tempat cikgu Akmal yang memungkinkan beliau nampak. Dan ia memang betul. Cikgu Akmal ternampak pen itu dan menundukan badan untuk menggambilnya. Sambil itu Lela berjalan menghampiri cikgu Akmal dan sengaja melanggar beliau.
"Eh, maafkan saya cikgu." kata Lela ketika cikgu Akmal seperti ingin terjatuh ke hadapan.
"Kamu siapa?" tanya cikgu Akmal sambil membetulakan posisi berdiri sedangan masa itu membelakangi Lela. Sedang keadaan seperti lenggang, Lela bertindak menghampiri sasarannya dan terus menyeluk dompet cikgu Akmal ketika dia berjalan menghampiri cikgu Akmal dan terus menuju ke arah kantin sedangkan masa itu cikgu Akmal menanyakan soalan.
Sesudah membeli air minuman, Lela menghampiri semula rakan-rakan Ani yang sedang menunggu Lela. Sesudah itu Lela menunjukkan hasilnya. Masing-masing seperti terkedu akan hasilnya. Siapa sangka orang seperti Lela berani melakukannya. Lalu mereka berbisik sesama sendiri.
"Mereka nak kau tunggu kita orang kat belakang sekolah pada lewat malam." kata putus oleh Ani.
Lela tidak menjawab kata kawannya itu. Lela hanya menyerahkan dompet milik cikgu Akmal kepada Ani dan terus pergi meninggalkan kumpulan itu. Kemana arahnya tidak pula diberitahu. Ani seperti gembira lihat perlakuan Lela.
Setelah jauh dari kumpulan itu, Lela terus pergi ke tempat yang sunyi dan menangis. Tidak akan sesiapa dengar akan rintihannya itu kerana tempat itu jauh dari masyarakat yang digelar pelajar mahupun guru.
Sementara itu, Haikal dan kawannya rancak berbual mengenai kes mereka tetapi celahan Mohamed membuatkan bualan mereka terhenti.
"Dengar cerita ada budak baru kat sekolah kita ni Haikal." kata Mohamed.
"Oh ye ke? Siapa orangnya? Nama pulak?" kata Mahmod.
"Budak tu sama kelas dengan Ani. Perempuan pula tu. Namanya Lela... tak silap aku Lela lah." jelas Mohamed lagi.
Haikal tidak pula bersikap seperti Mohamed dan Mahmod yang beriya-iya hendak tahu akan itu. Difikirannya sekarang hanya mengenai kesnya sahaja. Selepas Haikal meminta izin untuk meminggirkan diri, Haikal sekaadar berjalan tanpa arah tuju. Entah ke mana fikirannya sekarang.
'Kenapa aku terlalu sedih? Sebab apa? Patut ke aku biarkan? Kenapa kak, kenapa.' gumam Haikal sendirian. Suara batinnya seakan ingin menjerit. Tapi apakah daya, sekarang jiwanya sedang mencerlalu. Seluruh perasaannya seperti hilang entah ke mana hanya perasaan sedih sahaja menemaninya. Sedang langkahnya deras dan tanpa dia sedar, Haikal sekarang berada di tempat yang sama ketika itu Lela ada.
Tapi tidak pula sesiapa perasan akan adanya sesiapa di situ. Lela dan Haikal membawa perasaan sendiri sehinggalah, "Maafkan akak Haikal." kata Lela secara berbisik. Tetapi suasana yang sunyi itu, walaupun berbisik, Haikal tetap boleh mendengarnya.
"Maaf, tadi saya dengar akak panggil kita." tegur Haikal setelah mendengar namanya disebut.
Dengan tergesa-gesa, Lela mengelapkan air mata yang mengalir. Sikapnya itu membuatkan Haikal perasan yang orang di hadapannya itu menangis. Tanpa segan silu Haikal duduk sebelah Lela.
"Kenapa akak nangis?" tanya Haikal.
"Tak ada apa-apa dik. Akak okey. Cuma duduk sini, habuk masuk." jawab Lela.
"Oh ye ke. Maaf sebab kita duduk sini."
"Jap dik. Akak nak tanya. Adik ni siapa?" tanya Lela.
"Haikal nama kita. Akak pulak Lela kan? Sebab kita dengar ada pelajar baru dalam sekolah ni. Lagi pun kita tak pernah nampak muka akak kat sini." jelas Haikal lagi.
Lela hanya menganggukkan kepala sahaja untuk menjawab soalan itu. Lalu Haikal menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Lela tetapi tidak pula disambut oleh Lela dan Lela memalingkan muka seperti mengelak daripada bertentang mata dengan Haikal. Seketika suasana seperti tiada sebarang pergerakan.
"Siti apa khabar?" tanya Haikal.
Lela seperti terkejut akan apa yang baru ditanya Haikal sebentar tadi. Sekarang hatinya bergumam, 'macam mana dia tahu?' sedang itu juga, Lela menangis. Air mata itu hangat rasanya mengalir di pipi untuk lagi sekali.

Subscribe to:
Posts (Atom)