BAB 5
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, bilik khas, jam 21.25 petang.
Mata yang sebentar tadi memerhatikan Ani dan rakannya, kini hilang. Jauh kelihatannya seperti lembaga yang menyelubungi badannya serba hitam. Laju menyusuri koridor tersebut. Meninggalkan koridor itu tanpa dikesan oleh sesiapa.
Sedang lembaga itu meninggalkan koridor tersebut, tiba-tiba ia ditahan oleh cikgu Mutmainah yang kebetulan lalu di situ kerana sudah menjadi rutin hariannya untuk memeriksa bilangan pelajar yang terdapat di bilik khas.
Dalam keadaan terpaksa, lembaga tadi menonjolkan dirinya. Tiba-tiba cikgu Mutmuainah menjerit dan pengsan. Dalam keadaan yang genting itu, kebetulan pula cikgu Arni melalui jalan itu dan terserempak dengan cikgu Mutmainah yang keadaanya pengsan. Tanpa sempat meminta tolong dari pelajar-pelajar yang berada di dalam bilik khas, cikgu Arni terlebih dahulu berlari menuju ke arah cikgu Mutmainah yang sudanh pengsan.
"Cikgu... cikgu... kenapa pengsan ni? Bangun cepat." risau cikgu Arni.
Sedang cikgu Arni berusaha untuk mengejutkan cikgu Mutmainah yang pengsan, lembaga tadi datang semula dan mengejutkan cikgu Arni. Sekarang terdapat dua orang yang dalam keadaan pengsan.
"Maaf cikgu, saya terpaksa buat ni semua." kata lembaga tadi dengan pelahan suaranya.
Lalu lembaga tadi dengan cepat terpaksa mengheret kedua cikgu itu. Dalam keadaan tergesa itu jugalah cikgu Mutmainah tersedar dari pengsan dan hairan akan keadaan latar belakangnya yang sedang bergerak.
Lembaga tadi membawa mangsanya ke bilik air di sebelah bilik guru. Tanpa pengetahuan sesiapa, di sebalik tembok bilik air itu, terdapat satu lorong menuju terus ke belakang sekolah yang penuh dengan hutan. Di situlah mangsanya akan di tinggalkan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, Dataran Pahlawan, hari Jumaat, jam 7.30 pagi.
Huru-hara sekolah itu dengan kehilangan dua orang guru, cikgu Mutmainah dan cikgu Arni. Dengan bantuan pihak polis dan guru-guru yang lain, usaha mencari mangsa yang hilang di lakukan.
Dengan segala maklumat yang di kumpulkan, hasil mencari hanyalah sia-sia. Kesan tidak dapat dijumpai.
Dalam keadaan ini, lembaga tadi hanya rasa bersalah akan perbuatannya. Siapa lembaga itu? Dia termasuklah dalam kumpulan Ani. Dia Siti yang pandai mencuri kerana dia dari keluarga yang suka mencuri.
Imbas kembali...
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, bilik air sebelah bilik guru, hari Rabu, 9 Mac 2010, jam 2.30 pagi.
"Ani, aku mintak maaf. Aku nak keluar dari kumpulan ni. Aku tak sanggup lagi. Kita mencuri barang-barang cikgu untuk kepentingan kau." pinta Siti yang sudah lama buat kerja mencuri sejak sekian lamanya.
"Tak boleh. Kau dah bagus dan sekarang kau nak tinggalkan kita pula." marah Ani.
Tanpa tidak di jangka, mereka berdua bergaduh di tempat kejadian yang pada masa yang sama kawan-kawannya yang lain pergi meninggalkannya dan membuat kerja masing-masing selepas mencuri.
No comments:
Post a Comment