Tuesday, October 29, 2013

Detektif Haikal

BAB 8

Ibu Pejabat Balai Polis, jam 1915 petang.

  Bila sampai ke destinasinya, Isham mula menorak langkah untuk urusan siasatannya yang terkini. Bila berada di tempatnya, Isham dapat berfikir secara tenang. Cuma, perasaan bosan yang cepet menikam beliau untuk merehatkan tubuh sama ada mindanya secara bertubi-tubi.

  Walau pun begitu, Isham tidak cepat berputus asa untuk menyelesaikan kes-kes yang selalu meningkat tangga. Ini kerana beliau selaku penyiasatan perlu berusaha keras. Setiap misinya tidak pernah gagal dan tidak pernah tersilap orang. Cuma, hanya sesekali sahaja dia lambat menyelesaikan kes itu mengikut jadual ini kerana ketidak kerjasamaan antara masyarakat.

  "Tapi kenapa sekolah ini? Bukan ke dulunya sekolah ini punyai kes?" tegur rakannya ketika melintasi Isham. Siapa tidak kenal Ibrahim yang sama akalnya dengan Isham. Mereka telah menyelesaikan kes-kes yang dahulu dengan kerjasama dalam pasukan.

  "Kau ni, kalau ye pun berilah salam." tersentak Isham apabila Ibrahim menegurnya.

  "Sorry. Assalamualaikum."

  Sesudah Ibrahim memberi salam, Isham menjawab salam sejahtera itu dengan sebuah senyuman yang memaniskan pandangan.

  "Hah yang kau nak apa?" tanya Isham pada kawannya itu.

  "Aku dengar cerita kau dapat kes baru. So, wa pun nak ikut lu." jelas Ibrahim yang percakapannya ada gaya orang cina bercakap.

  "Oh ye. Ni hah yang kau cakap tadi tempat sama."

  "Jap. Aku nak buka fail kes lama pasal tempat ni." jelas Ibrahim sambil berjalan menuju bilik kes. Di situlah terletaknya kes-kes lama yang telah selesai mahupun belom yang sedang dalam proses. Setelah sampai, Ibrahim terus mencari abjad S yang mewakili tempat kes. "Hah ni pun. Susah juga nak cari kau huh?" kata Ibrahim yang kau merujuk pada fail kes itu.

  Selang lima minit Ibrahim muncul semula sambil membawa fail yang dimaksudkan tadi. Setelah itu Isham dengan segera mencapainya setelah Ibrahim menghulurkannya. Ditelitinya secara sekali pandang tiba-tiba ada yang menarik minatnya.

  "Tak ke kau rasa kes ni ada kaitan dengan kes yang aku kene buat sekarang?" tanya Isham.

  "Pasal apa? Kes orang hilang lagi ke?" tanya Ibrahim lagi lajut. Hanya anggukan sahaja untuk jawapan itu. Tetapi itu berkaitan pelajar yang hilang setelah satu tahun menghilang dan operasi mencari terpaksa menghentikannya.

  "Jom. Nanti kau bawa aku jumpa orang yan hilang tu." mohon Ibrahim. Hanya leretan sebuah senyuman tanda semangat kawannya menjulang tinggi.

Hospital Sultanah Aminah,  Johor Bahru, jam 1337 petang.

  Kes akan kehilangan pengajar itu telah membuat Ibrahim dan Isham ingin melakukan penyiasatan lebih lanjut.

  "Baiklah, saya nak kamu cerita apa yang terjadi." minta Isham untuk tenaga pengajar itu bercerita lagi. Kali ini caranya lain sedikit.

  "Bukan ke kami dah cerita tu semalam?" tanya cikgu Arni seperti tidak berpuas hati.

  "Bukan saya nak dengar tapi kawan saya. Namanya Ibrahim." jelas Isham.

  Setelah Ibrahim memperkenalkan diri tenaga pengajar itu bercerita tetapi agak berbeza sedikit. Hanya anggukan sebagai mengiyakan cerita itu yang hanya Ibrahim mampu lakukan untuk masa ini. Setelah hampir satu jam bercerita, Ibrahim dan Isham meminta diri untuk pulang ke ibu pejabat.

  Setibanya mereka di tempat letak kereta, Ibrahim bersuara. "Mereka menipu." kata Ibrahim dalam keadaan berbisik tetapi jelas kedengarannya bersuara. Isham menanyakan soalan berkaitan apa yang baru di beritahu Ibrahim tadi.

  "Ada dua cara mereka menipu tetapi yang jelas sekali aku nampak mereka selalu menolehkan kepala. Itu namanya muncul ragu-ragu untuk meneruskan bercerita. Gerakan itu menandakan mereka terpaksa menipu sebab sesuatu. Kalau tak kenapa mereka nak buat macam tu? Aku tanya kau ni." jelas Ibrahim pada Isham setelah melihat Isham seperti terpinga-pinga akan ujahannya itu.

  "Err... aku tak tahu nak cakap apa." balas Isham akan soalan kawannya tadi.

  "Patulah jauh mengelamun."

  "Maaf."

  "Tak apa. Nanti dalam kereta kita dengar apa yang tadi aku rakamkan." minta Ibrahim sambil itu memasuki kereta. Rakaman itu sengaja diambil Ibrahim secara sembunyi kerana ingin membezakan keterangan yang di catat Isham dan yang di rakamnya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, hutan belakang sekolah, jam 1453 petang.

  Kali ini Siti ingin buat sesuatu kerja yang tidak boleh masuk akal. Dia kini sedang merempuh belukar untuk menuju ke arah sebuah pondok yang di binanya. Di dalamnya terdapat semua keperluannya untuk memasuki bandar tanpa orang lain mengetahui akan mukanya itu.

  "Esok kau akan tahu siapa aku yang sebenarnya Ani. Sampai masanya aku jumpa kau." kata Siti dalam keadaan marah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, hari Selasa 15 Mac 2011 jam 08.55 pagi.

  Kelas tempat Ani dan rakan sejawatnya belajar agak riuh akan berita kemasukan rakan baru. Pagi ini mereka akan dikenalkan dengan rakan yang baru yang mereka belum pernah berjumpa lagi.

  "Bangunnn..." kata ketua kelasnya setelah cikgu mata pelajaran pertama masuk sambil di pimpinnya seorang kenalan baru. Sesudah itu ketua kelas mereka memberi salam dan di jawabnya salam sejahtera itu oleh cikgunya.

  "Baik kelas, saya nak kenalkan kamu dengan pelajar baru namanya Lela. Dia akan duduk kat... Ani sebelah awak kosong ke?" tanya cikgunya untuk menenpatkan pelajar baru itu. Ani hanya menganggukkan kepala sahaja.

  "Baik Lela kamu duduk sebelah Ani." pelawa cikgunya pada Lela.

  Sesudah itu Lela bergerak menuju ke tempat duduknya. Setelah duduk, Ani dan Lela bertentang mata seperti menzahirkan ketidak puas hati. Lela menghulurkan tangan untuk berjabat tangan untuk berkenalan. Ani menyambutnya dengan kehairannya itu. Mereka pun berkenalan.

  "Bila rehat nanti akau nak kau ajar aku buat kerja kau." kata Lela. Ani agak terkejut akan percakapan Lela itu.

No comments:

Post a Comment