BAB 4
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, koridor guru, jam 20.20 petang.
Dengan perasaan takut, mereka hanya mampu melihat. Sesuatu yang seketika tadi dilihat mereka, hilang begitu sahaja. Antara khayalan atau ianya benar? Itulah yang mulanya tyerfikir di benak fikiran mereka.
Entah bagaimana, Haikal memberanikan diri untuk melihat sendiri siapa atau apa yang baru sebentar tadi melintasi mereka dan menuju ke bilik air yang padahal sudah lama tertutup tanpa sebab.
"Eh! Tak ada siapa-siapa pun dalam ni?" hairan Haikal.
"Kal... Kal... Belakang kau!" tegas Mahmod dan Mohamed sambil menunding jari tepat di belakang Haikal.
Haikal memberanikan diri untuk menoleh ke belakang. Terkejutnya Haikal kerana di belakangnya berdirinya sesuatu yang menyelubungkan dirinya dengan kain putih penuh. Tanpa berkata apa-apa, Haikal melangkah seribu dan meninggalkan tempat itu dengan segera.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, bilik khas, jam 21.15 petang.
"Padan muka kau terkejut beruk. Lain kali jangan menyibuk hal oranglah" marah Sara pada Haikal dan kawannya. "Bagus juga kita sudah usir mereka, selepas ni mesti senang kejar kita" balas Nora.
Masa ini, hanya Ani, Sara, dan Nora. Bila sudah lepas melakukan aktiviti jenayah mereka, kini tibalah giliran Liza untuk menceroboh pejabat pengetua dan membuat beberapa rakaman yang boleh menyebebkan mereka akan pecah rahsia tetapi rakaman mengenai penjelmaan makhluk putih tidak akan di ubah.
Imbas kembali...
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, asrama lelaki, blok B, hari Rabu, 9 Mac 2011 jam 2.02 pagi.
"Alamak Ani, jalan nak ke pejabat dah kene blok. Nak buat macam mana?" tanya Nora yang hendak mengambil kunci pagar pengantaraan asrama dengan sekolah dari pejabat yang kunci penduanya sudah ada dalam genggamannya.
"Terpaksalah, kau ikut jalan asrama lelaki." tegas Liza yang sudah mahir jalan skolahnya itu.
"Baik." engkarnya Nora akan arahan itu. Nora berlari-lari anak melepasi blok B asrama lelaki. Tanpa pengetahuan Nora, Haikal dapat mendengar bunyi jejak kakinya sendiri.
Pintu antara pejabat dan asrama perempuan sudah terbuka. Kini tibanya untuk mereka menjalankan operasi mencuri barang bilik guru yang penuh dengan komputer riba yang biasanya ditinggalkan guru-guru sekolah. setelah 5 minit mereka mengambil barang yang di inginkan, tibalah masanya untuk Sara yang kretif memakai pakaian serba putih dan berambut panjang berjalan di penggawasan kemera cctv untuk meninggalkan kesan agar mereka tidak di syaki.
"Okey Liza, sudah masanya kau uruskan tugas kau. Kitaorang tunggu kau dekat bilik. Jumpa lagi." pinta Ani pada Liza. Liza hanya menganggukkan kepalanya.
Selepas Liza melakukan tugasnya, kini tibalah masanya untuk menyimpan semua barang yang dicuri.
Sekarang...
"Aku bangga dengan usaha kita, syabas. Nanti cuti sekolah, aku sebagai selaku ketua akan bahagikan sama rata semua barang tu." kata Ani dengan bangganya.
Tetapi, bukan hanya mereka sahaja yang menjadi mata-mata jahat, adanya sesuatu yang sudah memerhatikan mereka sekian lamanya.
dah baca! cepat sambung, tertanya2 siapa apa yg tengok mereka budak2 nakal nih. hahaa.. From: Norika
ReplyDeletesabar. jgn kelam kabut, semu jwpn pasti ada bila si bijak detektif Haikal dpt selesaikan sume soalan.
ReplyDelete