BAB 3
Sekolah Menengah Kebangsaa Taman Rinting, asrama perempuan, blok A, jam 17.50 petang.
"Ini pemeriksaan mengejut. Kamu semua di minta keluar dari drom asrama sekarang." tegas cikgu Akmal kepada semua pemilik drom tersebut.
"Apa ni cikgu? Cikgu nak cari apa? Ni kan drom perempuan, sepatutnya cikgu lelaki tak dibenarkan ada kat sini. Saya nak laporkan ni pada cikgu Mutmainah." marah Ani pada cikgu Akmal.
"Saya dapat laporan yang awak mencuri Ani. Cepat serahkan semua yang telah kamu curi atau saya geledah almari kamu?"
"Di persilakan sebab jika benar saya yang mencuri, cikgu akan jumpa barang yang di curi tu."
Setelah beberapa minit kemudian, cikgu Akmal keluar drom tersebut dengan perasaan hampa. Barang yang di cari beliau tidak dijumpai.
"Terima kasih cikgu sebab geledah almari saya."
"Saya akan terus perhatikan awak."
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, asrama perempuan, bilik khas, jam 19.15 petang.
Azan solat Maghrib telah pun di laungkan oleh bilal yang dilantik setiap minggu. Para perempuan yang uzur akan di tempatkan di bilik khas yang di sediakan.
"Mana awak simpan barang tu?" tanya Ain pada kawannya yang telah menjumpai Ain petang tadi.
Dia, Sara seorang yang kreatif. Nora seorang yang licik. Dan Liza seorang yang pandai dalam selok belok sekolah.
"Ada di tempat biasa. Tapi kalau awak mahu ambilnya, baik berhati-hati sebab tempak kita tu hampir diketahui oleh cikgu." balas Liza.
Sekolah Menengah Kebangsaa Taman Rinting, pejabat pengetua, jam 19.26 petang.
Sudah hampir setengah jam Haikal dan Mahmod bersengkang mata untuk mencari siapa yang terlibat dalam kes pencurian tu. Tiba-tiba Mahmod bersuara, "Kal, macam mana kau pasti yang dia curi?"
"Aku tengok pada anggaran ketinggian. Kenapa?" hairan Haikal.
"Kau percaya tak pada hantu?" ingin kepastian dari Haikal bila Mahmod bertanya.
"Rasanyalah." jawab Haikal dengan perasaan ingin tahu.
"Kau teliti benda ni betul-betul. Kalau dia, setahu aku, dia tak ada ranbut yang panjang sampai mencecah bahagiaan punggung. Dan lagi satu, kau tengok betu-betul, benda ru bukan pergi tangga sebaliknya bilik air sebelah bilik guru yang dah lama tutup. Kau perasaan tak?" jelas Mahmod lagi.
"Eh, korang! Pergilah solat dulu, nanti lepas kelas tambahan malam datang sini semula." memberi arahan kepada Haikal dan Mahmod.
"Baik cikgu." jawab mereka serentak.
Sesudah solat, merek adalah pelajar yang paling lewat keluar surau dengan alasan akn mengemas surau. Asalnya, Haikal dan Mahmod telah bersepakat dengan Mohamed untuk pergi meninjau sebentar bilik air yang berada di sebelah bilik guru.
Mereka telah merancang untuk meninjau bilik air tersebut sejak Haikal dan Mahmod ingin pergi ke surau sambil itu melalui hadapan bilik air tersebut. Gelap dan seram. Itu yang pertama di fikiran mereka.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, koridor bilik guru, jam 20.20 petang.
"Eh, apa tu!" tanya Haikal pada Mahmod dan Mohamed sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kelibat putih yang berlalu sebentar tadi.
Dengan perasaan yang pelbagai, mereka seperti terkaku untuk seketika.
No comments:
Post a Comment