BAB 2
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, asrama lelaki, blok B, hari Khamis, 10 Mac 2011 jam 15.40 petang.
"Kal, meh sini jap" panggil Mahmod.
"Hei Mod, kau buat apa dekat sini?" hairan Haikal sebab blok yang sekarang Haikal duduk hanya untuk pelajar tingkatan 3 sedangkan Mahmod tingkatan 4.
"Aku sudah baca surat tu. Aku rasa memang kita ada kes baru." jelas Mahmod.
"Kau ada bukti ke? Lagi satu kau yakin ke yang kita akan dapat kes baru?"
"Ya, aku yakin dan pasti. Sebab aku dapat dengar berita dari cikgu Mutmainah yang mengatakan terdapat barang dari bilik guru telah hilang." terang Mahmod lebih jelas.
Pada masa yang sama, cikgu Akmal datang ke blok B di mana masa sekarang ini adanya Haikal dan Mahmod.
"Eh, cikgu! Tak pernah pun cikgu datang sini. Ada hal ke?" hairan Haikal
"Cikgu, saya mintak diri dulu. Saya ada hal sikit." mintak izin Mahmod pada cikgu Akmal.
"Okey Mod, saya izinkan."
"Terima kasih cikgu." ucap Mahmod lalu beredar.
"Haikal, saya dapat tahu yang awak seorang penyiasatan. Betul ke?" tanya cikgu Akmal pada Haikal.
"Ya cikgu. betul tu semua."
"Saya rasa kamu mesti tahu pasal..."
Belum sempat cikgu Akmal sudahkan bicaranya, Haikal sudah memotong bicaranya.
"Sudah cikgu. Err... maaf cikgu sebab saya mencelah" jujur Haikal sambil meminta maaf sebab memotong percakapan cikgunya itu.
"Baguslah kalau kamu tahu. Sekarang kamu ikut saya."
Tanpa berlengahkan masa, Haikal mengekori cikgu Akmal.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, pejabat pengetua, jam 16.59 petang.
"Saya mahu kamu dapatkan bukti dan saspek melalui video ni. Ni rakaman cctv malam tadi." pinta cikgu Akmal.
"Baik cikgu. Saya cuba. Insya Allah saya boleh." jujur Haikal.
Setelah 25 minit Haikal mencari bukti dan saspek yang terlibat, akhirnya dia berjaya.
"Cikgu saya sudah dapat. Tapi kalau inginkan kepastian, tolong panggilkan Mahmod untuk menolongi saya." jelas Haikal.
"Saya akan cuba."
Setelah 10 minit berlalu, cikgu Akmal datang semula ke pejabat pengetua dengan adanya Mahmod.
"Kau pasti ke dia?" tanya Mahmod pada Haikal.
"Aku yakin dan pasti." yakin Haikal bila menjawap soalan Mahmod tadi.
"Cikgu silalah panggilkan nama pelijar ni. Mungkin dia terlibat." minta Mahmod.
Saya akan cuba.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, asrama perempun, blog A, jam 17.45 petang.
"Terima kasih sebab jumpa aku di sini. Kita dalam bahaya sekarang ni. Tolong selesaikan masalah ni segera." minta tolognya Ain pada 3 orang kawannya dalam situasi yang genting kini.
"Baik." jawap mereka serentak.
No comments:
Post a Comment