Friday, August 16, 2013

Detektif Haikal

BAB 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, asrama lelaki, blok B, hari Rabu, 9 Mac 2011 jam 2.24 pagi.

 Tik...tok...tik...tok jam berbunyi dan menunjukkan sudah masuk tengah malam. Hakail yang kini menuntut di tingkatan 3 tidak menghiraukan jam yang terus berdetik kerana bagi dia, mengulangkaji pelajaran adalah perlu kerana ujian besarnya semakin hampir.

 Sedang Haikal mengulangkaji pelajarannya, dia terdengar derapan kaki seperti seseorang berlari anak di koridor drom asrama dia. Itu yang membuatkan Haikal terasa terganggu fokusnya.

 Dengan cepat Haikal mengambil lampur suluh yang sudah tersedia didalam laci meje belajarnya lalu dengan tergesa-gesa dia menyuluh luar koridor asrama dan hasilnya, kosong. Tidak kelihatan sesiapa pun yang melintas asrama yang dia duduk kini. Dengan perasaan hampa, dia kembali ke tempat yang dia tinggalkan sebentar tadi.

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, kelas tingkatan 3 Delima, Khamis 10 Mc 2011  jam 8.03 pagi.

 "Med meh sini jap", panggil Hikal. Mohamed atau nama panggilan dia Med adalah kawan baik Haikal yang menetap sama drom dalam asrama.

 "Hah nak apa?", jawab Mohamed dengan lagak dia berjalan ke meja Haikal seperti seorang tauke gerai.

 "Aku nak tanye kau, semalam kau tidur nyenyak tak?"

 "Tak. Kenapa tanya?"

 "Semalam kau ada dengar tak bunyi orang berlari-lari di luar asrama?"

 "Tak pulak aku dengar." jawab Mohamed sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

 "Taklah, bukan apa. Semalam tengah aku ulangkaji tiba-tiba lak aku dengar orang lari-lari anak kat luar asrama tapi bila aku tengok tak ada siapa-siapa pun kat luar. Tu yang aku pelik." balas Haikal dengan selambanya menggunakan bahasa pasar.

 "Mungkin kau penat sangat tak? Yerlah, kau kan selalu belajar sampai lewat malam." jawab Mohamed dengan harapan boleh menenangkan hati kawan dia itu.

 "Yer kot. Mungkin aku penat sangat."

 Sedang mereka seronok berbual, guru masa pertama mereka masuk untuk memulakan sesi pembelajaran tepat pada jam 8.10 pagi.

 Kring...king...king...king

 Tepat jam 10.10 pagi lonceng berbunyi dan menunjukkan masa rehat untuk pelajar menengah atas yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4, dan 5 selepas 20 minit dari masa itu pelajar menengah bawah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 rehat.

 Masa yang diberi untu pelajar menengah atas rehat hanya terhad selama 20 minit sahaja.

 Seperti biasa, Haikal dan Mohamed akan berehat bersama-sama Mahmod di sebuah pondok berdekatan kantin. Mahmod pelajar tingkatan 4 kawan kepada Haikal dan Mohamed sejak dari pertengahan tahun 2009.

 Haikal dan Mahmod memang suka dengan perkara yang melibatkan mengasah otak jadi mereka berdua digelar detektif di sekolah yang kini. Tetapi tidak lupa pula Muhamed yang senang untuk mendapatkan kes untuk Haikal dan Mahmod. Hendak dijadikan cerita, mereka bertiga ini memang agak popular di sekolah.

 Dan itulah yang selalu dibualkan mereka, Haikal, Muhamed, dan Mahmod kalau jumpa masa rehat. Tidak pernah lepas walau setiap kes di sekolah mereka.

 "Mod, sekarang ni ada kes tak?" Haikal memanggil Mahmod seperti kawan yang sebaya dengan dia kerana tidak memanggil Mahmod tanpa memanggil 'abang'.

 "Tak adalah Kal." balas Mahmod tanpa memanggil Haikal sebagai 'adik'.

 "Tak apalah. Bolehlah kita rehat kejapkan?" potong Muhamed tanpa menunggu jawapan Haikal.

 "Iye juga. Asyik kes je kita buat." balas Hikal setelah berfikir panjang.

 kring...kring...kring...

 Lonceng berbunyi sekali lagi menunjukkan telah habisnya waktu rehat tepat pada 10.20 pagi.

 Sebelum Hikal, Muhamed, dan Mahmod beredar, Haikal cepat menyeluk kocek seluar kiri dan terdapat sekeping nota yang sudah tersedia untuk Mahmod yang ditulis Haikal di dalam kelasnya tadi dan diberinya pulak surat itu kepada Mahmod.

 "Eh?!" pelik Mahmod

 "Nanti kat kelas bacalah, mungkin kes baru." jawab Haikal dengan senyumam sinis.

  "Hmm...okey. Set." balas Mahmod dengan bangganya kerana menyangka adalah kes maka adalah duit masuk untuk dia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, kelas tingkatan 4 ST, jam 11.05 pagi.

 Masa untuk cikgu kegemaran Mahmod, cikgu Akmal menggantikan masa cikgu Mutmainah yang telah berlalu sebentar tadi. Sambil itu, Mahmod berfikir di luar jangkaan kerana memikirkan kes-kes yang lepas yang telah gagal diselesaikan oleh ahli kumpulannya.

 Sedang enak dia berfikir, tiba-tiba dia teringan akan nota yang diberi Haikal sebentar tadi untuk dia. Dengan cepat,  dia menyeluk kocek baju kemeja dia yang di sebelah kiri dada, 'syukur masih ada', gumam hatinya lega.

 Dengan penuh berdebar dia membaca isi kandungan surat itu.

'Mod, aku tahu yang kau selalu tidur lambatkan? Memandangkan drom asrama kau pun sama dengan aku, aku nak tanya, ada tak kau dengar bunyi derapan kaki malam tadi? Kalau ye, aku rasa kita ada kes baru sebab semalam tepat jam 2.24 pagi aku dengar. Aku rasa muskil kerana pada jam begitu masih ada yang keluar dari bilik. Kalau kau bersama aku, tolong aku sertai kes ni pulak.'

 'Rupa-rupanya kau pun sama Kal.' senyum Mahmod selepas membaca surat itu untuk sekali sahaja dan sudah paham apa yang diminta Haikal.

" Mungkin akan asah lagilah otakj aku" bisik Mahmod seorang diri.

1 comment:

  1. nice.. hehee.. ni Kakak Norika. teruskan menulis. fb akak dah deactive, jadi x dapatla akak komen dekat fb adik yeaa.. btw, good luck yea.. :)

    ReplyDelete