BAB 10
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting, hari Selasa 15 Mac, jam 1115 pagi
"Siti apa khabar?" tanya Haikal lagi sekali tetapi kali ini Haikal mengeluarkan sekeping gambar berukuran kecil.
Lela yang sedang diulit rasa sedih telah menarik minat Haikal.
"Kenapa akak nangis?" tanya Haikal.
"Akak nangis sebab... akak pun kehilangan seorang anggota keluarga... macam Haikal juga." jawab Lela sambil menangis dengan sedunya sekali.
Siapa jangka sealik perbualan mereka, adanya sepasang mata yang mengintai mereka berdua? Barangkali murid tetapi ianya mustahil kerana temapat yang sedang diduduki Haikal dan Lela jauh dari kantin yang biasanya menjadi gula untuk semut.
Sekali sekala sahaja kedengaran hembusan kasar oleh si pengendap itu tetapi tidak pula disedari oleh sesiapa dan tiada sesiapa pun yang tahu akan kehadiran pengendap itu. 'Siapa aku untuk lihat mereka berdua?' rengusan pengendap itu.
Ibu Pejabat Balai Polis, hari Selasa 15 Mac, jam 1000 pagi.
Isham bersama Ibrahim menyiapkan tugasnya dengan meneliti maklumat yang diperolehinya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Ibrahim dahulu, maklumat yang diperolehi adanya penipuan. Sekarang macam mana hendak dapatkan maklumat yang sebenar. Itulah rengusan hati Ibrahim.
"Terpaksalah kita gertak mereka untuk beritahu maklumat yang sebenar." cadangan Isham seperti itulah jawapan untuk soalan Ibrahim tadi. Gayanya seperti dapat membaca fikiran Ibrahim.
"Err... ya. Gitulah jawabnya." jawab Ibrahim sedikit gagap.
Lalu mereka keluar dari pejapat dan menaiki kereta untuk tugas mereka. Perjalanan mereka seperti tidak dirancang kerana sepajang perjalanan mereka, Ibrahim lebih banyak berfikir berbanding Isham yang bersikap bersahaja. Siapa yang tidak mati akal seperti Ibrahim kerana di sekolah itulah terdapat tuduhan pembunuhan yang dimana mayatnya masih tidak dijumpai. Apatah lagi kenanya anaknya... mungkin.
"Kau rungsing Ibrahim. Kenapa?" tanya Isham. Sejujurnya, Ibrahim rasa seram apabila Isham sepertinya dapat membaca minda seseorang. Ibrahim tidak menjawa soalan sahabatnya itu. Ibrahim lebih gemar mendiamkan diri apabila ditanya soalan mengenai apa yang difikirannya.
"Jangan risaulah, aku pasti kita dapat selesaikan kes ni." jawab Isham untuk menenangkan perasaan Ibrahim.
Sesudah hampir satu jam mereka di atas jalan, akhirnya mereka sampai ke destinasinya. Senyap sahaja. Barangkali sedang belajar memandangkan masa sekarang menunjukan jam 11 dan ke atas. Setelah melapourkan kehadiran mereka pada pengawal keselamatan sekolah itu, mereka akhirnya dibenarkan masuk setelah pengetua sekolah itu bersama Isham dan Ibrahim.
Mereka diiringi pengetua menuju ke pejabat pengetua. Perualan mereka lebih menjerumus kepada kes sekolah itu. Sehinggalah tergerak hati Isham untuk menanyakan buku rekod untuk murid yang cuba meloloskan diri dari asrama. Setelah pengetua menganggukkan tanda boleh, lalu beliau berjalan menuju ke bilik guru disiplin.
Hampir lima minit barulah munculnya semula pengetua sekolah itu sambil memegang buku yang diminta sebentar tadi. Perbuatan Isham yang sedang meneliti buku itu menarik minat pengetua itu untuk menanyakan soalan. Tetapi sama sahaja seperti apa yang Ibrahim rasa, "Saya sedang cari maklumat yang berkaitan tarikh tenaga pengajar kamu di hilang." jawab Isham. Soalan ini yang menyebabkan dia terfikir, siapa Isham yang sebenarnya.
Sedang Isham meneliti rekod itu, matanya terpaut pada nama Haikal. Berusia sekitar 15 tahun.
"Tolong saya untuk memanggilkan Haikal ni." setelah Isham memberi arahan, pengetua melakukannya dengan segera.
Tidak mengambil masa yang lama untuk memanggil Haikal kerana di sekolah itu siapa tidak kenal Haikal? Seorang yang bijak menyelesaikan kes.
Haikal berasa janggal di situ kerana adanya 2 orang selaku polis sedang memerhatikannya dengan pandangan yang tajam.
"Haikal nama awakkan?" tanya Isham. Ibrahim lebih banyak mencatat perlakuan Isham untuk kes ini.
"Ya." jawab Haikal sedikit gentar.
"Jadi apa awak dapat dari analisis untuk kes awak?" tanya Isham sedikit mendesak.
"Err... okey je cuma saya tidak syak sesiapa pun." jawab Haikal.
"Isham." tegur kawannya itu. Isham hanya melirikkan senyuman seperti mengejek.
"Maaf saya terpaksa buat ni. Haikal saya nak kamu ikut saya pergi balai polis. Kalau awak berikerjasama yang sepatutnya, saya akan tolong awak pula." kata Isham seperti berbahas biasa.
"Tapi encik, kenapa? Apa salah dia." tanya pengetua sambil terkejut akan tindakan pegawai polis itu.
"Saya hanya menjalankan tugas sahaja." balas Isham sambil berdiri untuk pulang ke ibu pejabat. Haikal yang terpaksa akur akan arahan itu hanya mengekori sahaja pegawai polis itu. Ibrahim jadi serba salah sebab tidak dapat meninkah perbuatan kawannya itu.
Yang buat Haikal berfikir sekarang ini adalah, macam mana pegawai polis ini tahu akan kes yang sedang di lakukan di mana kes itu sepakat seluruh sekolah itu tidak akan mengheborkannya kepada orang luar. Mustahil pengetua dia sanggup lakukannya. Tapi macam mana? Haikal seperti gelisah ketika di dalam kereta polis yang sedang dinaikinya.
No comments:
Post a Comment